Akhdan (Malaysia)

    AKHDAN merupakan kumpulan nasyid yang terdiri daripada 4 orang remaja yang berbakat dalam mengalunkan irama nasyid. AKHDAN cuba menampilkan irama nasyid yang berkonsepkan irama nasyid moden dan kontemporari. Akhdan ditubuhkan pada tahun 2010 dan mula bergerak aktif awal tahun 2011. Kesemua ahli kumpulan berasal dari Seremban, Negeri Sembilan. Akhdan dianggotai oleh Tajul Arif Noor b. Md Shari,15 tahun selaku solo bagi kumpulan ini. Ahmad Zuhair b. Zakaria, 15 tahun, Muhammad Haizudin b. Haizad Nazri, 15 tahun, dan Muhammad Affan bin Mazlan 14 tahun.
    
    Salah seorang daripada anggota Akhdan iaitu Tajul Arif Noor b. Md Shari merupakan adik kepada penyanyi popular tanah air iaitu Allahyarham Acik Spin. Bakat dan darah seni yang mengalir, setanding dengan arwah abangnya. Alunan suaranya yang merdu pasti memukau para pendengar melalui album sulung Akhdan.
    
    Genre nasyid menjadi pilihan bagi remaja ini kerana mereka cenderung dengan lirik-lirik yang bercorak kemanusiaan dan keTuhanan yang boleh mendidik jiwa.Mereka juga ingin mengajak remaja-remaja lain memilih hiburan yang bermanfaat. Harapan semoga kumpulan Akhdan dan album sulung Sejadah Keinsafan mampu menambat hati para penggemar nasyid dan menjadi wadah mendidik jiwa.
    
    Album sulung Akhdan telah diterbitkan pada awal Mac 2012 dan sedang berada di pasaran sekarang edaran Hijjaz Record dan Warner Music. Mempertaruhkan lagu-lagu keTuhanan dan kemanusiaan yang mampu menerbitkan keinsafan di hati pendengar. Diselitkan juga alunan zikir. Akhdan juga telah menghasilkan sebanyak 4 buah klip video iaitu Sejadah Keinsafan, Doa Untuk Ibu, Tirai Malam, Hidup Sementara dan satu klip video promo single terbaharu yang berjudul Kembalikan Damai Itu. Terbaru adalah single 2014 diberi judul "Kerna Cinta".Video klip tersebut boleh disaksikan di You Tube.
    
    Antara lagu-lagu yang terkandung dalam album Sejadah Kinsafan ini ialah :
    
    1.	Hidup Sementara 
    2.	Zikir 1 
    3.	Cabaran Hidup 
    4.	Zikir 2 
    5.	Doa Untuk Ibu 
    6.	Zikir 3 
    7.	Zikrullah 
    8.	Tirai Malam 
    9.	Zikir 4 
    10.	Sejadah Keinsafan
    
    Single ;
    Kembalikan Damai Itu 2013,Kerna Cinta 2014
    Pencapaian
    
    Antara Jemputan dan pencapaian lain 2011 dan 2012 :
    
    -	Persembahan di Majlis Tilawah Antarabangsa di PWTC 2011 dan 
    2012
    -	Rakaman program Hari Malaysia bersama Adik-adikku anjuran 
    JAKIM
    -	Persembahan Permata Seni di RTM Negeri Sembilan
    -	Jemputan Inovasi Islam di Masjid Negara
    -	Mengadakan Konsert Amal bersama kumpulan nasyid tersohor 
    tanah air Rabbani dan Far East
    -	Persembahan di Karnival Jawi Peringkat Kebangsaan di 
    Perpustakaan Negara
    -	Persembahan di Pesta Buku Islam 2 di Putrajaya
    -	Jemputan di madrasah-madrasah dan surau-surau sekitar
    Seremban
    -	Membuat persembahan nasyid atas jemputan perasmian Kem 
    Harapan kanak-kanak Malaysia yang telah dihadiri oleh Datin Seri 
    Paduka Rosmah Mansor,Pengerusi DRB Hicom dan Pengerusi 
    Yayasan Harapan kanak-kanak Malaysia.
    -	Membuat persembahan di Karnival Mahabbah IKIM.FM di Bandar 
    Dato’ Onn,Johor pada 1 April 2012.
    -	Lagu-lagu Akhdan telah diputarkan di radio IKIM.FM dan 2 buah 
    lagu telah berjaya tersenarai dalam Carta IKIM.FM
    -	Akhdan telah menyiapkan 4 buah video klip untuk lagu Doa Untuk 
    Ibu, Tirai Malam, Sejadah Keinsafan, dan Hidup sementara.
    -	Video klip Doa Untuk Ibu telah disiarkan di RTM dan Astro OASIS
    -	Persembahan secara langsung di TV Al Hijrah dalam segment 
    Assalamualaikum
    -	Jemputan Pertandingan Akhir Bintang Nasyid Mu’min peringkat 
    Kebangsaan di Universiti Malaya.
    -	Menjadi artis undangan dalam rancangan NasyidTV di RTM 2.
    -	Menjadi artis undangan dalam slot SPM RTM1, MHI, dan WHI TV3
    -	Menjadi tetamu dalam segmen Generasi Y Radio Nasional RTM. 
    - Persembahan amal Pray 4 Ghaza, Syria, Mesir dan Rohingya.
    - Majlis Amal memungut derma bagi membantu drumer kumpulan 
    Search Yazid di seremban.